Mesyuarat Rakan Exco
Pada 17 Mac 2010, Exco Latihan & Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya UNITEN telah mengadakan mesyuarat rakan exco bertempat di D'Tasik UNITEN. Mesyuarat ini adalah sebagai program wajib setiap exco PRS dalam mewujudkan ukhwah yang mantap di kalangan ahli kelab.
Bemula jam 8.30 malam, mesyuarat bermula dengan sesi Ta'aruf dan disambung dengan sesi jamu selera. Dan selepas itu, mesyuarat disambung pula dengan isu-isu berbangkit.Setiap ahli exco dikehendaki mengutarakan masalah/isu yang timbul di UNITEN khususnya. Setiap isu ini dibincang bersama bagi melahirkan rakan exco yang berfikiran cakna.
Isu-isu yang hangat di bincangkan ialah kepadatan jadual peperiksaan, masalah akidah pelajar Islam kerana ada yang telah murtad, kenaikkan yuran penginapan di UNITEN, tempat letak kereta di kampus, sikap pelajar UNITEN yang suka membazir, kes-kes kecurian / faktor keselamatan di penginapan dan mentaliti pelajar UNITEN yang amat membimbangkan.
Semoga dengan adanya mesyuarat sebegini oleh setiap exco, ianya mampu melahirkan generasi mahasiswa berdaya saing dalam menghadapi kehidupan kampus.
"we care, we share"