PROGRAM PINTAR 2010

Program PINTAR 2010 (Pintar 4) adalah satu program anjuran Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Universiti Tenaga Nasional dengan kerjasama
- Tenaga Nasional
- Pusat Hal Ehwal Pelajar Uniten
Objektif Program
- Mendedahkan cara pembelajaran yang lebih efektif kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program ini.
- Memantau dan menganalisis prestasi pelajar melalui program perjumpaan berkala yang akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.
- Membantu TNB dalam perlaksanaan Program PINTAR dan khidmat sosial.
- Memupuk semangat sukarelawan dan bersedia berkhidmat untuk masyarakat disamping melatih sifat kempimpinan dikalangan mahasiswa UNITEN.
- Memperkenal dan mempopularkan lagi nama UNITEN sebagai salah satu IPTS yg peka terhadap perkembangan potensi pelajar baik mahasiswa universiti dan murid sekolah rendah.
Program PINTAR 2010 kali ini akan berkampung di bahagian selatan semenanjung Malaysia iaitu sekolah-sekolah di daerah Johor .Program PINTAR 2010 ini merupakan susulan Program PINTAR sebelumnya yang telah mengambil bahagian di Pulau Pinang dan Perak. Berbezanya Program PINTAR kali ini dimana Program PINTAR 2010 ini merangkumi 3 fasa. Terdapat empat buah sekolah yg terlibat iaitu :-
- SK Seri Kampong Tengah, Kluang
- SK Taman Muhibbah, Senai
- SK Kundang Ulu, Muar
- SK Pasir Gudang 1, Pasir Gudang
Fasa 1
tarikh : 3 April 2010
masa : 10.00 a.m - 5.00 p.m
tempat : 1. SK Kundang Ulu, Muar
2. SK Pasir Gudang 1, Pasir Gudang
Fasa pertama merupakan fasa yg lebih menekankan aspek ta'ruf , teknik belajar dan penetapan matlamat pelajar-pelajar. Ini adalah penting bagi membentuk diri para pelajar pada peringkat awal sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar. Fasilitator program akan melaksanakan program satu hari di salah sebuah sekolah pintar dimana pelajar SK Kampong Tengah akan bergabung dengan SK Kundang Ulu, manakala SK Taman Muhibbah akan bergabung dengan SK Pasir Gudang 1. Maka terdapat 2 kumpulan fasilitator bergerak ke sekolah yg berlainan.
Fasa 2
tarikh : 14 - 17 Jun 2010
tempat : Pusat Latihan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi
Fasa kedua lebih menakankan aspek penganalisian dan perkongsian antara para pelajar dan fasilitator. Pada peringkat ini, modul 'team building', pembentukan jati diri ditekankan bagi membentuk sahsiah diri para pelajar. Kesemua pelajar keempat-empat sekolah akan bergabung dan program akan berjalan selama empat hari cuti sekolah.
Fasa 3
tarikh : 7 Ogos 2010
tempat: SK Kundang Ulu, Muar
SK Pasir Gudang 1, Pasir Gudang
masa : 10.00 a.m - 5.00 p.m
Fasa ketiga ini lebih menekan aspek persediaan para pelajar dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Ini menjurus kepada membantu dan mengekalkan momentum para pelajar. Fasa ketiga ini adalah sama seperti fasa satu cuma berbeza dari segi objektif .