Semsis 1, 2012

Program sembang siswa adalah berbentuk forum yang membincangkan isu-isu semasa, hal-hal yang berkaitan dengan pelajar dan kehidupan di Universiti. Program ini juga dapat membantu pelajar menyelesaikan dan mengupas dengan lebih mendalam tajuk yang akan dibincangkan. Panel yang berpengalaman akan dipilih agar mereka dapat berkongsi cerita dan pengalaman dengan peserta yang datang.Seramai 260 yang menghadiri program ini,tahniah diucapkan kepada Ketua Program dalam menjayakan program Semsis kali ini

Tajuk : “Kahwin Semasa Belajar Satu Bebanan atau Tidak?”

Tempat : DK 1 COIT

Masa / Tarikh : 8 – 11 PM (4/4/2012)

 

Moderator :En. Noor Azam bin Abdul Rahman (HOD Humanities & Social Science)

Panel yang dijemput :
1) Dr. Hanim Salleh
2) Ustaz Adnan Yusof
3) Muhammad Fadlullah

 

Montaj Semsis

Semsis Full Part 1

Semsis Full Part 2

 


PRS 1st Blood Donation Campaign 2012

Diadakan pada 5-6 Mac di COIT,7-8 Mac di Sunken Garden BA dan 12-13 Mac di COE
Seramai 290 orang telah menderma dan telah mencapai sasaran kami iaitu sebanyak 200 orang penderma

Objektif kempen derma darah kali ini ialah:

• Meningkatkan semangat sukarelawan dikalangan para mahasiswa dan anggota kerja UNITEN
• Membantu Pusat Darah Negara dalam mengumpul bekalan darah.
• Menarik minat para mahasiswa agar melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sihat UNITEN


Bengkel Kempimpinan ( K 3 P ) UBK

Kumpulan Pembimbing dan Penasihat Pelajar (K 3 P) yang  diadakan pada:

Tarikh                  : 11 dan 12 Februari

Hari                     : Sabtu & Ahad

Tempat                : Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu

Seramai 34 orang dari kelab PRS,Wawasan dan PPC telah menyertai program anjuran Unit Bimbingan Kaunseling Uniten.Objektif kem ini bertujuan untuk melatih diri mereka menjadi seorang kaunselor muda dan dapat membantu Unit Bimbingan Kaunseling Uniten dalam membimbing dikalangan pelajar di Uniten

 



Sesi Temuduga Rakan Exco

Dijalankan pada 14 Disember yang bertempat di The Loop bagi mencari ahli yang ingin menjadi rakan exco pada sesi 11/12 kali ini.

Seramai 40 orang telah menghantar borang dan yang hadir sewaktu temuduga cuma 29 orang sahaja.Semoga yang terpilih dapat menjalankan tugas yang diberi dengan baik dan dapat memberi komitmen yang tinggi terhadap persatuan ini.

 


Anugerah Kemilau Emas 2010-2011

Pada 9 Disember 2011 yang lepas,Unit Pembangunan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Anugerah Kemilau Emas 2010-2011 bertempat di Dewan Seri Sarjana (DSS) yang bertemakan ala-ala Bollywood.Tujuan anugerah ini diadakan bagi menghargai sumbangan dan kejayaan pelajar UNITEN dalam aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan oleh oleh Jawatankuasa Pelaksana Pembangunan Pelajar samada di zon Kelab dan Persatuan, PHEP, Kelompok, Kolej, PPIP, IKAL ataupun pihak luar yang dibenarkan oleh UNITEN.

Pada malam itu juga,Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah memenangi Anugerh Penganjuran Program Terbaik (kampus Putrajaya) iaitu Program PINTAR 2011.Tahniah diucapkan kepada seluruh urusetia yang telah menjayakan program tersebut! Berikut adalah keputusan anugerah yang dicalokan pada malam itu :

ANUGERAH KELAB/PERSATUAN

Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik – Kategori  Kerohanian & Peradaban         

PERSATUAN PENGAJIAN ISLAM (KSHAS)

 

Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik – Kategori Kepimpinan & Intelek       

TIADA

 

Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik – Kategori Sukan & Rekreasi

KELAB ROWING

 

Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik – Kategori Seni & Kebudayaan

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI (KAMPUS PUTRAJAYA)

 

Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik – Kategori Komunikasi & Keusahawanan

TIADA

 

Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik – Kategori Kelompok Penginapan

KELOMPOK MURNI

 

Anugerah Harapan Kelab/Persatuan

KELOMPOK HARMONI

 

 

ANUGERAH INDIVIDU TERBAIK

Kategori Kerohanian & Peradaban

MOHD. KHUIZHAM B. ABD. HALIM                                                                

MUHAMMAD ‘ARIEF HAFIZIE B. M. TAJUL AZMI      

 

Kategori Kepimpinan & Intelek

GHOBHIRAJAH A/L SELVARAJAH                                                        

MOHAMMAD MAHLIL B. MD. SALEH                                                            

 

Kategori Sukan & Rekreasi

MUHAMMAD RAFIE B. MOHD. RAZALIN                 

MUHAMMAD SHAMEEN SALLEH B. IKMAL HISHAM

 

Kategori Seni & Kebudayaan

MUHAMMAD IBRAHIM B. KHALIL                           

HARIEF AFFEROZ B. ZULKIFLY                                 

 

Kategori Komunikasi & Keusahawanan

NURHANA BT. NORHAN                                                                 

KHAIRIL FIKREY B. ZULKIFLI       

 

    

ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN

Anugerah Terbaik Keseluruhan Individu (Kampus Putrajaya)

GHOBHIRAJAH A/L SELVARAJAH

 

Anugerah Terbaik Keseluruhan Individu (Kampus Sultan Haji Ahmad Shah)

AKMAL FARHAN B. AZIZ                                            

 

Anugerah Terbaik Keseluruhan Kelab/Persatuan (Kampus Putrajaya)

KELAB ROWING

 

Anugerah Terbaik Keseluruhan Kelab/Persatuan (Kampus Sultan Haji Ahmad Shah)

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (KSHAS)

 

Anugerah Penganjuran Program Terbaik - Kampus Putrajaya                      

PROGRAM PINTAR 2011

Anjuran Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

 

Anugerah Penganjuran Program Terbaik - Kampus Sultan Hj. Ahmad Shah

ORPHAN DAYS

Anjuran English Language Club

 

Anugerah Harapan Penganjuran Program Terbaik (Kampus Putrajaya)   

KARNIVAL SUKAN ANAK-ANAK YATIM 1 MALAYSIA

Anjuran Pelajar PPC, PPOU, JTU & Fast Track MARA

 

Anugerah Harapan Penganjuran Program Terbaik (Kampus Sultan Hj. Ahmad Shah)

GREEN DAY 2011

Anjuran Kelompok Bestari

 

Anugerah Penasihat Kelab Terbaik – Kampus Putrajaya

PN. MASTURA BT. JOHAR

DR. MARDIAN SHAH B. OMAR

PN. ZURAIDAH BT. ALI

 

Anugerah Penasihat Kelab Terbaik – Kampus Sultan Hj. Ahmad Shah

EN. MOHAMAD SHARI B. KADIR

EN. ZULKIFLI B. AHMAD

PROF. MADYA DR. RUSINAH BT. SIRON

 

Anugerah Zon Paling Aktif – Kampus Putrajaya

ZON KELOMPOK PUTRAJAYA

 

Anugerah Zon Paling Aktif – Kampus Sultan Hj. Ahmad Shah

ZON KOLEJ PENGRUSAN BISNES & PERAKAUNAN

 

Diharap agar PRS dapat meneruskan kecemerlangan ini pada masa akan datang dan memenangi lebih banyak anugerah


Welcoming Break,Pulau Pangkor-2011

Pada 28,29 & 30 November,PRS Uniten telah menjalankan program tahunan iaitu Welcoming Break yang berlangsung di Teluk Nipah,Pulau Pangkor (3hari ,2malam).Program ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada ahli-ahli persatuan yang telah banyak membantu dari segi masa dan tenaga dalam menhayakan seta menjalankan setiap program yang telah diadakan oleh Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya selama ini,dengan menyertai program berbentuk riadah.